Apa itu MikroSayang?
MikroSayang adalah pelan perlindungan Takaful khusus untuk individu di bawah segmen B40 dan M40. MikroSayang merupakan suatu inisiatif oleh Great Eastern Takaful Berhad untuk menyediakan Takaful mampu milik di pasaran. Produk-produk MikroSayang menawarkan perlindungan pada harga yang berpatutan serendah RM4.20 sebulan sehingga RM10.00 sebulan (bergantung kepada pelan perlindungan yang dipilih). Pampasan Takaful yang diberikan boleh digunakan sebagai bantuan kewangan seperti penggantian pendapatan, perbelanjaan sara hidup serta kelangsungan hidup waris.
Kenapa saya patut pilih MikroSayang?
Harga mampu milik
Takaful terlalu mahal untuk dimiliki? Lupakan persepsi itu. MikroSayang menawarkan produk Takaful mampu milik supaya anda mendapat ketenangan minda dan bantuan kewangan yang diperlukan apabila berlaku kecemasan.
Pantas
Anda boleh berurusan secara terus di atas talian. Dapatkan produk MikroSayang dengan beberapa klik sahaja! Platform Takaful MikroSayang adalah mesra pengguna.
Mudah
Permohonan Takaful kini lebih mudah. Anda boleh mendapatkan sebut harga, menyertai pelan perlindungan pilihan anda dan membuat tuntutan - semuanya atas talian.
Siapakah yang layak memohon?
Warganegara Malaysia
Berumur antara 19 - 55 tahun
(umur pada tarikh lahir akan datang)
Berapa lamakah tempoh perlindungan?
Tempoh perlindungan adalah tahunan iaitu selama 12 bulan, dan boleh diperbaharui setiap tahun sehingga Orang yang Dilindungi mencapai umur 55 tahun pada hari lahir berikutnya.
Produk MikroSayang
MikroSayang menawarkan pelan-pelan berikut.
Miliki pelan perlindungan yang sesuai dengan keperluan anda.
Pelan A: Hospitalisasi
Pelan B:
Penyakit Kritikal
Pelan C: Hospitalisasi & Penyakit Kritikal
Pelan A+: Kematian/Hilang Upaya Penuh dan Kekal & Hospitalisasi
Pelan B+:
Kematian/Hilang Upaya Penuh dan Kekal & Penyakit Kritikal
Pelan C+: Kematian/Hilang Upaya Penuh dan Kekal, Hospitalisasi & Penyakit Kritikal
Ada sebarang pertanyaan?
Klik Soalan Lazim untuk jawapan bagi pertanyaan anda.