Pelan C: Kematian Disebabkan Kemalangan, Hospitalisasi & Penyakit Kritikal
Mengenai Pelan Ini
Pelan ini menyediakan perlindungan bagi Manfaat Kematian akibat Kemalangan, Manfaat Hospitalisasi dan Manfaat Penyakit Kritikal.
Manfaat Kematian akibat Kemalangan sebanyak RM5,000 akan dibayar sekiranya Orang yang Dilindungi meninggal dunia akibat Kemalangan semasa tempoh perlindungan.
Manfaat Hospitalisasi sebanyak RM50 sehari akan dibayar sehingga maksimum 14 hari setahun atau RM700 setahun, apabila Orang yang Dilindungi dimasukkan ke Hospital Panel[1] selama tempoh perlindungan. Hospitalisasi mestilah sekurang-kurangnya satu malam, di mana tarikh keluar mestilah tidak sama dengan tarikh masuk.
Manfaat Penyakit Kritikal sebanyak RM5,000 akan dibayar sekali sahaja sekiranya berlaku salah satu daripada Penyakit Kritikal[2] kepada Orang yang Dilindungi semasa tempoh perlindungan. Diagnosis Kejadian yang Dilindungi mestilah disahkan oleh Doktor dari Hospital Panel[1] di mana rawatan dibuat.
Bulanan | Suku Tahunan | Setengah Tahunan | Tahunan |
---|
Bulanan | RM |
---|---|
Suku Tahunan | RM |
Setengah Tahunan | RM |
Tahunan | RM |
Manfaat Pelan
Kematian Akibat Kemalangan
RM5,000 akan dibayar sekiranya Orang yang Dilindungi meninggal dunia akibat Kemalangan.
Hospitalisasi
RM50 sehari akan dibayar sehingga maksimum 14 hari setahun, apabila Orang yang Dilindungi dimasukkan ke Hospital Panel[1].
Penyakit Kritikal
RM5,000 akan dibayar sekiranya Orang yang Dilindungi didiagnos dengan Penyakit Kritikal[2] yang dilindungi di bawah pelan ini.
1. Senarai 50 Penyakit Kritikal
2. Hospital Panel merujuk kepada semua hospital kerajaan berdaftar termasuk Universiti dan Tentera.
Terma dan Syarat
Kelayakan untuk Manfaat Hospitalisasi hanya akan bermula 30 hari selepas tarikh berkuat kuasa bagi kemasukan ke hospital yang bukan disebabkan oleh kemalangan.
Kelayakan untuk Manfaat Penyakit Kritikal hanya akan bermula 30 hari atau 60 hari (bergantung kepada jenis Kejadian yang Dilindungi) selepas tarikh berkuat kuasa.
Manfaat Kematian akibat Kemalangan tidak akan dibayar jika Orang yang Dilindungi membunuh diri; atau di bawah pengaruh alkohol atau dadah melainkan atas arahan oleh pakar perubatan.
Manfaat Hospitalisasi tidak akan dibayar jika kemasukan Orang yang Dilindungi ke dalam hospital adalah disebabkan oleh sebarang keadaan perubatan atau fizikal yang berlaku dalam Tempoh Menunggu; atau sebarang rawatan atau operasi pembedahan untuk Penyakit Kongenital atau kecacatan termasuk penyakit keturunan.
Manfaat Penyakit Kritikal tidak akan dibayar jika Penyakit Kritikal Orang yang Dilindungi adalah sedia wujud sebelum atau pada Tarikh Permulaan; atau disebabkan kecederaan badan yang dilakukan sendiri.
Senarai ini tidak menyeluruh. Sila rujuk Sijil Takaful dan/atau Sijil Induk untuk terma dan syarat, dan pengecualian di bawah pelan ini.
Muat Turun Risalah Pemberitahuan Produk
Risalah Pemberitahuan Produk
Muat Turun Brosur
Brosur Pelan C: Kematian Disebabkan Kemalangan, Hospitalisasi & Penyakit Kritikal
Ada sebarang pertanyaan?
Anda boleh mencari jawapan di halaman Soalan Lazim kami.