Pelan A+: Kematian/Hilang Upaya Penuh dan Kekal & Hospitalisasi
Mengenai Pelan Ini
Pelan ini menyediakan perlindungan bagi Manfaat Kematian/Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK) dan Manfaat Hospitalisasi.
Manfaat Kematian/HUPK sebanyak RM5,000 akan dibayar sekiranya berlaku kematian atau HUPK (tertakluk kepada Tempoh Kesinambungan HUPK) pada Orang yang Dilindungi semasa tempoh perlindungan.
Manfaat Hospitalisasi sebanyak RM50 sehari akan dibayar, sehingga maksimum 14 hari setahun atau RM700 setahun, apabila Orang yang Dilindungi dimasukkan ke Hospital Panel[1] selama tempoh perlindungan. Hospitalisasi mestilah sekurang-kurangnya satu malam, di mana tarikh keluar mestilah tidak sama dengan tarikh masuk.
Bulanan | Suku Tahunan | Setengah Tahunan | Tahunan |
---|
Bulanan | RM |
---|---|
Suku Tahunan | RM |
Setengah Tahunan | RM |
Tahunan | RM |
Manfaat Pelan
Kematian atau Hilang Upaya Penuh dan Kekal
RM5,000 akan dibayar sekiranya berlaku kematian atau Hilang Upaya Penuh dan Kekal pada Orang yang Dilindungi.
Hospitalisasi
RM50 sehari akan dibayar sehingga maksimum 14 hari setahun, apabila Orang yang Dilindungi dimasukkan ke Hospital Panel[1].
Terma dan Syarat
Manfaat Kematian tidak akan dibayar jika Orang yang Dilindungi membunuh diri secara waras atau tidak. Manfaat HUPK tidak akan dibayar jika HUPK sedia wujud; atau disebakan kecederaan badan yang dilakukan sendiri.
Manfaat Hospitalisasi tidak akan dibayar jika kemasukan Orang yang Dilindungi ke dalam hospital adalah disebabkan oleh sebarang keadaan perubatan atau fizikal yang berlaku dalam Tempoh Menunggu; atau sebarang rawatan atau operasi pembedahan untuk Penyakit Kongenital atau kecacatan termasuk penyakit keturunan.
Senarai ini tidak menyeluruh. Sila rujuk Sijil Takaful dan/atau Sijil Induk untuk terma dan syarat, dan pengecualian di bawah pelan ini.
Muat turun risalah Pemberitahuan Produk
Risalah Pemberitahuan Produk
Muat turun brosur
Brosur Pelan A+: Kematian/Hilang Upaya Penuh dan Kekal & Hospitalisasi
Ada sebarang pertanyaan?
Anda boleh mencari jawapan di halaman Soalan Lazim kami.