Pelan B+: Kematian/Hilang Upaya Penuh dan Kekal & Penyakit Kritikal
Mengenai Pelan Ini
Pelan ini menyediakan perlindungan bagi Manfaat Kematian/Hilang Upaya Penuh dan Manfaat Penyakit Kritikal.
Manfaat Kematian/HUPK sebanyak RM5,000 akan dibayar sekiranya berlaku kematian atau HUPK (tertakluk kepada Tempoh Kesinambungan HUPK) pada Orang yang Dilindungi semasa tempoh perlindungan.
Manfaat Penyakit Kritikal sebanyak RM5,000 akan dibayar sekali sahaja sekiranya berlaku salah satu daripada Penyakit Kritikal[1] kepada Orang yang Dilindungi semasa tempoh perlindungan. Diagnosis Kejadian yang Dilindungi mesti disahkan oleh Doktor dari Hospital Panel [2] di mana rawatan dibuat.
Bulanan | Suku Tahunan | Setengah Tahunan | Tahunan |
---|
Bulanan | RM |
---|---|
Suku Tahunan | RM |
Setengah Tahunan | RM |
Tahunan | RM |
Manfaat Pelan
Kematian atau Hilang Upaya Penuh dan Kekal
RM5,000 akan dibayar sekiranya berlaku kematian atau Hilang Upaya Penuh dan Kekal pada Orang yang Dilindungi.
Penyakit Kritikal
RM5,000 akan dibayar sekiranya Orang yang Dilindungi didiagnos dengan Penyakit Kritikal[1] yang dilindungi di bawah pelan ini.
1. Senarai 50 Penyakit Kritikal
2. Hospital Panel merujuk kepada semua hospital kerajaan berdaftar termasuk Universiti dan Tentera.
Terma dan Syarat
Manfaat Kematian tidak akan dibayar jika Orang yang Dilindungi membunuh diri secara waras atau tidak. Manfaat HUPK tidak akan dibayar jika HUPK sedia wujud; atau disebakan kecederaan badan yang dilakukan sendiri.
Manfaat Penyakit Kritikal tidak akan dibayar jika Penyakit Kritikal Orang yang Dilindungi adalah sedia wujud sebelum atau pada Tarikh Permulaan; atau disebabkan kecederaan badan yang dilakukan sendiri.
Senarai ini tidak menyeluruh. Sila rujuk Sijil Takaful dan/atau Sijil Induk untuk terma dan syarat, dan pengecualian di bawah pelan ini.
Muat Turun Risalah Pemberitahuan Produk
Risalah Pemberitahuan Produk
Muat Turun Brosur
Brosur Pelan B+: Kematian/Hilang Upaya Penuh dan Kekal & Penyakit Kritikal
Ada sebarang pertanyaan?
Anda boleh mencari jawapan di halaman Soalan Lazim kami.